Google

Wednesday, April 9, 2008

Penyakit Lupa

Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa.

Wanita1 : Ehhh korang nak tahu tak ? Aku ni kan pelupa sangat tau. Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak² sangkakan dorang dah sembunyikan tuala tersebut.

Wanita2 : Ahhh itu belum cukup teruk lagi,.. aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah,.. boleh² aku terlupa nak naik ker turun,.. tak gila kau !!!

Wanita3 : Ahahahhahah teruklah korang ni ( ketawa berdekah² sambil tangan mengetuk² atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang ) Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh ,... korang dengar tak sesuatu ??

Wanita1 dan Wanita2 : Tidak ?? ( menggeleng kepala )

Wanita3 : Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu

Wanita1 dan Wanita2 : !@ $%

Rupa²nya wanita3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang

Driver Story

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".

Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".

Friday, March 21, 2008

Siapa Hebat?

Tiga orang budak bercerita tentang kehebatan ayah masing-masing. Setiap orang tidak mahu mengalah. Budak pertama mengatakan bahawa ayahnya mampu berlari di Tembok Besar Cina dalam tempoh 30 minit dari pangkal tembok hingga hujungnya. Budak kedua pula mengatakan itu tidak hebat jika dibandingkan dengan ayahnya kerana ayahnya mampu membuat dan makan ABC menggunakan salji yang terdapat di puncak gunung Everest seminggu sebanyak tiga kali. Selepas mendengar cakap kedua-dua rakannya, budak ketiga dengan bersahaja berkata " Ayah kamu berdua tidak sehebat ayah saya. Kamu tahu tak Laut Mati? Laut tu mati sebab ayah sayalah yang bunuh. Minggu lepas ayah saya tembak"

Thursday, March 20, 2008

Final Test

Tiga pesakit mental di Hospital Bahagia sedang menjalankan ujian terakhir bagi menentukan sama ada mereka sudah pulih atau sebaliknya.Ketiga-tiga mereka di bawa ke tepi sebuah kolam renang yang tidak berair. Pesakit pertama Ah Chong terus terjun ala-ala perenang hebat apabila diarahkan oleh para doktor. Pesakit kedua Velu pula menutup hidung sebelum terjun dengan penuh bergaya. Para doktor menggelengkan kepala melihat gelagat kedua-dua pesakit yang nyata masih belum siuman. Tiba pula giliran Fauzi. Berkali-kali disuruh terjun tapi dia tetap enggan dan hanya mencangkung di tepi kolam. Doktor gembira kerana yakin Fauzi sudah sembuh "Kenapa Fauzi tidak mahu terjun?" Tanya doktor tersenyum simpul. "Airnya sungguh sejuk,tengok kawan-kawan saya tu ,berkerut muka mereka menahan sejuk" kata Fauzi. Doktor menepuk dahi mendengar jawapan itu, rupanya Fauzi juga masih belum siuman.

Tuesday, March 11, 2008

Jangan Jadi Macam MONYET

Suatu petang tarzan bersama pembantunya seekor monyet sedang berehat di atas sebatang pokok. "Tarzan saya nak tanya satu soalan boleh tak?" minta si monyet. "Boleh, apa soalannya?" jawab tarzan memberi izin. "Saya peliklah kenapa tarzan pakai cawat?". "Oh…ini hal orang tua-tua, engkau budak-budak mana boleh tahu" balas tarzan. "Alaahai…takkanlah dengan saya pun nak berahsia" desak si monyet. "Aku kata tak boleh, tak bolehlah jangan degil" balas tarzan lagi. Selepas didesak berkali-kali tarzan tetap tidak mahu memberi tahu si monyet. Keadaan ini menyebabkan si monyet naik berang dan beredar dari situ dengan segera. "Takpe tarzan, hari ini hari engkau" getus hati kecil si monyet tanda masih tidak berpuas hati. "Aku akan intai engkau petang ini dekat sungai. Aku tahu engkau biasanya bila mandi tak pakai cawat" rancangan jahat muncul di kepala si monyet. Demi menjayakan rancangannya, si monyet mengajak beberapa ekor monyet lain. Seperti kebiasaan tarzan pergi ke sungai pada petang itu. Sedang enak dia bermandi-manda, kedengaran suara hilai tawa dari sekumpulan monyet bodoh di sebalik pokok yang berhampiran. "Ooo…patutlah tarzan pakai cawat, rupa-rupanya dia malu dengan kita, ekor dia dekat depan tak macam kita ekor dekat belakang. Kesian tarzan, kontot pulak tu ekor dia hahaha" ketawa kumpulan monyet tersebut hinggakan ada yang terjatuh dari pokok dek kerana ketawa yang tidak terkawal.
Teladan Disebalik Cerita Ini :
Tidak Semua Perkara Kita Perlu Ambil Tahu
Jangan Sibuk Mengintai keburukan orang lain
Jangan buat perkara yang tidak berfaedah
Hormati HAK dan RAHSIA Orang lain