Google

Friday, March 21, 2008

Siapa Hebat?

Tiga orang budak bercerita tentang kehebatan ayah masing-masing. Setiap orang tidak mahu mengalah. Budak pertama mengatakan bahawa ayahnya mampu berlari di Tembok Besar Cina dalam tempoh 30 minit dari pangkal tembok hingga hujungnya. Budak kedua pula mengatakan itu tidak hebat jika dibandingkan dengan ayahnya kerana ayahnya mampu membuat dan makan ABC menggunakan salji yang terdapat di puncak gunung Everest seminggu sebanyak tiga kali. Selepas mendengar cakap kedua-dua rakannya, budak ketiga dengan bersahaja berkata " Ayah kamu berdua tidak sehebat ayah saya. Kamu tahu tak Laut Mati? Laut tu mati sebab ayah sayalah yang bunuh. Minggu lepas ayah saya tembak"

Thursday, March 20, 2008

Final Test

Tiga pesakit mental di Hospital Bahagia sedang menjalankan ujian terakhir bagi menentukan sama ada mereka sudah pulih atau sebaliknya.Ketiga-tiga mereka di bawa ke tepi sebuah kolam renang yang tidak berair. Pesakit pertama Ah Chong terus terjun ala-ala perenang hebat apabila diarahkan oleh para doktor. Pesakit kedua Velu pula menutup hidung sebelum terjun dengan penuh bergaya. Para doktor menggelengkan kepala melihat gelagat kedua-dua pesakit yang nyata masih belum siuman. Tiba pula giliran Fauzi. Berkali-kali disuruh terjun tapi dia tetap enggan dan hanya mencangkung di tepi kolam. Doktor gembira kerana yakin Fauzi sudah sembuh "Kenapa Fauzi tidak mahu terjun?" Tanya doktor tersenyum simpul. "Airnya sungguh sejuk,tengok kawan-kawan saya tu ,berkerut muka mereka menahan sejuk" kata Fauzi. Doktor menepuk dahi mendengar jawapan itu, rupanya Fauzi juga masih belum siuman.

Tuesday, March 11, 2008

Jangan Jadi Macam MONYET

Suatu petang tarzan bersama pembantunya seekor monyet sedang berehat di atas sebatang pokok. "Tarzan saya nak tanya satu soalan boleh tak?" minta si monyet. "Boleh, apa soalannya?" jawab tarzan memberi izin. "Saya peliklah kenapa tarzan pakai cawat?". "Oh…ini hal orang tua-tua, engkau budak-budak mana boleh tahu" balas tarzan. "Alaahai…takkanlah dengan saya pun nak berahsia" desak si monyet. "Aku kata tak boleh, tak bolehlah jangan degil" balas tarzan lagi. Selepas didesak berkali-kali tarzan tetap tidak mahu memberi tahu si monyet. Keadaan ini menyebabkan si monyet naik berang dan beredar dari situ dengan segera. "Takpe tarzan, hari ini hari engkau" getus hati kecil si monyet tanda masih tidak berpuas hati. "Aku akan intai engkau petang ini dekat sungai. Aku tahu engkau biasanya bila mandi tak pakai cawat" rancangan jahat muncul di kepala si monyet. Demi menjayakan rancangannya, si monyet mengajak beberapa ekor monyet lain. Seperti kebiasaan tarzan pergi ke sungai pada petang itu. Sedang enak dia bermandi-manda, kedengaran suara hilai tawa dari sekumpulan monyet bodoh di sebalik pokok yang berhampiran. "Ooo…patutlah tarzan pakai cawat, rupa-rupanya dia malu dengan kita, ekor dia dekat depan tak macam kita ekor dekat belakang. Kesian tarzan, kontot pulak tu ekor dia hahaha" ketawa kumpulan monyet tersebut hinggakan ada yang terjatuh dari pokok dek kerana ketawa yang tidak terkawal.
Teladan Disebalik Cerita Ini :
Tidak Semua Perkara Kita Perlu Ambil Tahu
Jangan Sibuk Mengintai keburukan orang lain
Jangan buat perkara yang tidak berfaedah
Hormati HAK dan RAHSIA Orang lain